Kajian -‘People with Gout at Risk of Premature Death’

Kajian -‘People with Gout at Risk of Premature Death’
Written By Rosila Breeds

Ini adalah satu tajuk atikel dari Arthritis Foundation (USA). Lapuran dari kajian yang di buat mendapati keberangkalian mereka yang mengidap gout meninggal dunia 25% lebih awal dari mereka yang tidak mengidap gout. Arthritis Foundation (USA) ini juga menyenaraikan shopping list bagi membantu pengawalan pesakit gout melalui pemakanan. (Read full article in English at the link below) 

Sebelum kita tengok apa kajian tersebut apa kata kita lihat beberapa fakta berkaitan gout ini.

Apa itu Gout? 

Ringkasnya Gout adalah salah satu bentuk penyakit arthritis yang disebabkan keadaan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik pula adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Lazimnya badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Tapi bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan ia berkumpul di dalam sendi dan membentuk seperti kristal jarum yang meyebabkan kesakitan semasa serangan gout. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun dan ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid

Macamana nak tahu itu adalah Gout? 

Lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ia jadi menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi sangat bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Implikasi gout kepada kesihatan? 

Asid urik berlebihan tadi berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’. Biasanya di siku atau di cuping telinga. Asid urik ini bolih berkumpul dalam saluran urinari (air kencing), dan membentuk ’batu karang’. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes.

Berbalik kepada lapuran kajian yang dibuat, 25% kebarangkalian meninggal dunia pesakit gout lebih awal dari mereka yang tidak mengidap gout. Fakta ini di dapati hasil dari data yang didapati dari rangkaian data rekod perubatan elektronik (THIN-The Health Improvement Network UK) yang mempunyai database 10 juta orang berdaftar dari tahun 1999-2014. Dari 10 juta ini penyelidik megenalpasti 103, 000 pesakit gout. Mereka kemudian melihat berapa ramai orang meninggal setiap tahun. Selepas mengambil kira umur, jantina, indeks jisim badan, penggunaan rokok, penggunaan alkohol, penggunaan ubat-ubatan, dan penyakit tambahan, para penyelidik mendapati bahawa mereka yang ada gout mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai gout. Bagi setiap mereka yang meninggal tanpa sakit gout 1.25 orang meninggal dalam group yang ada sakit gout.

Bolih baca lapuran terperinci People with Gout at Risk of Premature Death di sini.

Untuk mengurangkan risiko serangan gout yang menyeksakan mereka juga menyenaraikan shopping list sebagai panduan pemakanan bagi pesakit gout. Selain dari sayuran dan banyakan minum air kosong, buah cherry di senaraikan sebagai buah yang bolih membantu mengumbah atau melaraskan asid urik di dalam badan.

Kesimpulannya gout perlu di rawat. Kalau tidak di rawat ia bolih memberi implikasi kepada masaalah kesihatan yang lain seperti di sebutkan di atas. Secara logiknya jika dengan kadaan kegemukan, darah tinggi juga kencing manis, sistem badan menjadi tidak berfungsi sepatutnya dan bolih menyebabkan kematian.

Dapatkan CherryActive product dari kami di CherryActive Asia Sdn Bhd.Pengimport dan pengedar brand CherryActive dari UK diperbuat dari 100% buah cheri tanpa apa bahan tambahan seperti pemanis, pemekat, perasa atau apa apa bahan pun.

Rujukan:

Arthritis Foundation (USA) dan Portal kesihatan, KKM.



Older post Newer post